Sekolah menengah harian di kampung nelayan harumkan negara bicara tentang nuklear


Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut Terengganu berjaya meraih kemenangan dalam Pertandingan Akhir Projek Nuklear di Gyeongju, Korea Selatan

Ketiga-tiga mereka, Muhammad Syazwan Mat Sidik, 19; Muhammad Anuar Abd Ghani, 19, dan Safyyah Muhammad Nasir, 18, yang turut diiringi guru pengiring Wan Zul Azri Wan Mohd Shatar, diumum sebagai pemenang semalam.

Pelajar terbabit mengetengahkan tentang kebaikan kuasa nuklear dengan tajuk persembahan ‘100 things about Nuclear Science And Life” ( 100 perkara mengenai Sains Nuklear dan Kehidupan).

Pertandingan ini mempunyai tiga fasa yang melibatkan 30 buah negara dan lebih membanggakan SMK Kuala Besut ini hanya sekolah menengah harian biasa yang terletak di luar bandar di perkampungan nelayan, tetapi mampu terpilih mewakili negara untuk bertanding di peringkat dunia.

Gambar dan video ihsan guru, Wan Zul Azri

18 days ago